Fikri Arif

Saturday, November 6, 2010

Peristiwa 12 Jam (Episod 1)


Cerita yang bakal aku kisahkan ini penuh dengan emosi, suka, duka, pahit, manis, tawar, gembira dan sedikit keriangan yang berlaku terhadap diriku dalam tempoh 12 jam.. 

Al-kisah bermula pada waktu petang.. Wan telah bercadang denganku untuk menonton wayang bersama bekas rakan2 sekerja kami sewaktu menunggu result SPM dulu.. rasanya seperti baru semalam aku berhenti bekerja.. pejam celik, pejam celik, sudah 1 semester atau lebih sedap, sudah 6 bulan aku menyambung pengajian di matrikulasi.. segalanya telah berubah dengan pantas dan cepat dan lincah dan ligat dan laju dan perkataan2 yang sama waktu dengannya.. 



Tepat jam 3:36p.m. , aku habis mandi.. kebetulan, ade miss call.. dari Wan rupanya.. Wan on the way ke SACC.. dan aku... aku masih lagi belum bersiap.. kain tuala masih lagi meliliti badanku yang comel ini.. dengan penuh angkuh, aku terus mencapai setereka dan menggosok pakaian... setelah bersiap, aku terus ke stesen bas.. bayaran tiket bas pun aku hampir lupa.. haha.. terasa diri ini sudah tua pun ada.. (adakah ini bermakna aku telah matang?? -pikir2 kan dan selamat menjawab-) tepat jam 4.04p.m. aku menjejakkan kakiku ke PKNS.. selangkah demi selangkah aku menapak.. terus menuju ke bangunan baru yang bersebelahan dengan PKNS as known as (aka)  SACC.. kemudian, tanpa berasa menyesal, aku meng-calling Wan.. "kat mane?" , "aku kat kedai Acer" , "oh, arasayo2~"

Dengan segala kudrat yang ada.. aku menuju ke arah utara.. tempat yang dulunya lebih dikenali sebagai pusat hiburan remaja dan seringkali dikunjungi untuk bermain di arcade(tp skrg dah bosan), pusat bowling, dan lain2.. itu lah Plaza Alam Sentral.. sebelum naik ke tingkat 3, aku membeli secawan aiskrim.. ia mempunyai namanya yang tersendiri iaitu McFlurry Oreo ~ satu2 nya favouriteku kalau beli aiskrim di kedai McD.. kemudian, aku pun terus ke kedai Acer.. "wahh.. sudah baru maa.. lawa lah kedai~" monolog dalamanku bersuara.. aku pun berjumpa dengan mereka.. Wan, Ah Wong, Lim(staf baru), Zubair, Lan Noob, Syam, Dilla, Mr.K (enggan namanya disebut), dan lain2.. wajah baru.. tapi jauh disudut hatiku yang kecil ini.. terasa seperti sesuatu yang pelik.. tidak seperti keadaan atau suasana yang biasa.. Aku mengunjungi kedai2 lama yang pernah suatu ketika dahulu aku bekerja di situ.. City Mind, Laptop Master, Pro Trade Marketing, dan Acer.. tapi kesemuanya telah berubah.. dari segi nama, design, banner, staff, dan lain2.. "Ah Wong.. ape cer sekarang?? Business ok?" Disebalik respons yang diperlihatkan oleh dia, seperti ada yang negatif berlaku.. setelah bertanya khabar, kini baru aku tahu.. ape yang telah berlaku sepanjang 'pemergianku' ini (poyo lebih.. haha).. staff lama, pian, hendra, aman, sheila, steven, willy, fendy, fatin, dan lain2.. sume telah berhenti.. xdapat aku nak berjumpa dgn mereka.. sadis sungguh.. masing2 ade reason masing2..  



Lan Noob berkata kepadaku, "weyh, ko punya ok lagi eh.. x 'loose' mcm aku punye..", "ape dia??", "tu hah.. 5800 lah..".. aku masih lagi blurr.. "eh, ko pun beli 5800? bile ko beli??".. kemudian.. dia pun mengeluarkan Iphone 4!! Ya! Iphone 4!! "Dang~ ko saje eh!! pergh... bile ko beli? contract kan..?" Rupa2 nya.. dia ingin menunjuk bahawa dia punya phone lebih 'loose' (softness in touch) drpd aku.. haha.. tak mengapa.. kau punya barang, aku punya.. aku punya barang, aku punya.. macam tu lah kengkawan..  aku tumpang gembira.. rasa bongkak pun ade.. kerana ape?? kerana tadi aku online fb gune iphone4.. haha.. siap calit status lagi.. walhal..  XD

Seterusnya, Wan mengajak aku minum petang.. - "ko nak makan kat mane? McD nak?", "alah.. McD aku makan x kenyang..ko tau kan aku mkn macam mane.. lg pun ekonomi tengah krisis sekarang nih.."  , "dah tuh nak makan dekat mana?? Noodles Station? atau.. Nando's?? hahaha!!", "pergh!!! lagilah~!! haha" , "ah, Only Mee je lah Fikri..", "yelah2.. dah lama tak jumpa kawan Amir.. rindu pulak dengan dia.. XD" .. sewaktu makan, Ah Wong meng-calling aku.. "eh, ko nak booking tiket sekarang ke?" "ye, aku ngan wan skali eh..", "oh, okie.."



Setelah puas melahap, kami terus mengunjungi SACC.. (KAK EMMA?! DI MANAKAH ANDA??!) ye! kami mencari Kak Emma, bekas Manager kerja lama.. kini bekerja di sebuah kedai game dengan jayanya! Tapi Kak Emma tiada di kedai.. mungkin dia bercuti.. mungkin juga dia keluar berehat.. "Ah takpelah.. kita pegi solat dulu.." selepas lepak di surau SACC, aku dan Wan terus ke kedai CD dan DVD.. sebab? hehe, adelah.. nak mencari sesuatu.. ^,^ Kemudian, kami call Kak Emma.. "kak emma kenal x suara sape nih??", "sape eh?? ****** ke? atau ****ke??", "lah.. xkan dah lupa kot..sedih nye.." (gedik) , "fikrilah..", "ohh.. fikri.. knp tepon kak emma?", "hehe.. kak emma keje lagi? ke cuti?", "kak emma baru je blk dr keje.." "lah.. ingtkan nk menjenguk kak emma kat kedai tadi.. ", "eh2, lahh... nak tgk kak emma ke?? kak emma kan dah lama berhenti..","huh, hah?!", "ke... kak emma yang lagi satu??", "ehh,, haah lah.. kak emma yang lagi satu! hahahaha... oh man... i got prank!", "hahah, hah tulah.. salah call nih..", "ingatkan dah lupa tadi.. rupanye salah orang..hehe.. sori kak emma!", "huhu, xpe2.." Ya. Sesungguhnya saya tercall adik kak emma.. kak emma ada seorang adik perempuan.. namanye pun kak emma.. muka hampir sama! suara pun hampir sama! rasa macam kembar pun ade... hehe.. sejurus, kami pun menziarahi Kak Emma.. bak kata pepatah,'sambil menyelam, minum air'.. begitulah juga dengan aku.. sambil berbual-bual, makan gula2 free.. (kalau xpaham xpe.. x penting)


ok lah.. sampai di sini dahulu kisahnya.. nak lagi? tunggulah episod yang akan datang.. Jiyyah!

No comments:

Post a Comment